my family

my family

WUDUK CARA SEBENAR DAPAT MENCANTIKKAN KULIT....

Kte selalu dgr klau nk cntikkan kulit pkai pencuci mke , botox laa, suntik atau susuk...
tpi kali nie 1st time liza dgr klau nk cntikkan mke dgn cre br'wuduk pon dah bley...
lg stu dgn cre br'wuduk kte x yah pkai duit kan..klau nk cucuk 2 nk kne sediekan duit beribu2...
Allah twu hamba dye especially yg perempuan msti nk cntik kan..that's why Allah bg kemudahan dgn cre br'wuduk bley cntikkan kulit atau pon mke...

Sebab tu kita di galakkan berselawat semasa membasuh muka ketika berwuduk. Selain itu, wuduk juga di jadikan sebagai syifa atau penawar kepada penyakit resdung. Caranya masa masukkan air dalam hidung, sedut sekali air tersebut ke dalam hidung sampai rasa nyilu di kepala. Pernah tak masa mandi sungai, korang tersedut air kt dalam hidung? macam tu la rasanya.. hehe

Tapi apa yang paling penting, dengan mengambil wudhuk yang sempurna, maka dosa-dosa kecil kita sebelum solat akan terhapus. 


Liza rse lps liza publish post nie msti rmai yg akn tros pg ke toilet and quick to take ablution...

i think laaa....huhu


ok laa bye...
ASSALAMUALAIKUM....


SEJARAH BAJU KEBAYA....

Sejarah Kebaya Nyonya

KEBAYA 

Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang pada asalnya dikenakan oleh wanita di  negara Indonesia dan Malaysia.  Selain itu pakaian Kebaya ini dibuat dengan menggunakan sejenis kain yang dikenali dengan Kain Kasa.  Baju Kebaya juga boleh dikenakan dengan sarung batik atau pakaian tradisional yang lain seperti kain songket dengan motif berwarna warni.

Baju Kebaya telah dikatakan berasal dari kaum Cina yang telah berhijrah ke Nusantara ratusan tahun dahulu .  Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera dan Sulawesi.

Setelah penyesuaian budaya atau asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu telah
diterima oleh penduduk setempat.

Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana sahaja.  Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau Jawa ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi mereka.  Hari demi hari, kebaya telah diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori dan telah bertukar dengan menggunakan sutera dan diselitkan sulaman yang berwarna warni.

Disamping itu pakaian yang mirip yang disebut "NYONYA KEBAYA" telah dihasilkan pertama kali oleh orang orang Peranakan cina daripada Melaka.  Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manik".  Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia.

Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk mengubahsuai rekabentuk dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang diubahsuai boleh dikenakan dengan seluar jeans.